kalau kata 'gile la, lama tu 4 tahun, tak takut ke?' well hello there world.. hanya orang gila je yang tak takut. takut gila kot, aku belum gila lagi untuk tak rasa takut dengan masalah ni. like seriously memang takut gila, risau tu almost everyday fikir macam mana nak buat.
aku pernah dapatkan khidmat nasihat doktor klinik swasta, tapi keputusannya jadi makin worst. masa tu aku dah hampir 7 bulan tak datang period. so aku decide untuk pergi klinik buat further check. then aku pergi la satu klinik ni, jumpa doktor then doktor tu cakap period aku tak teratur. then dia sarankan aku consume ubat hormon and ubat perancang. by the way, aku bujang masih belum berkahwin. tapi doktor tu kata its ok, memang itu cara dia and itu ubatnya. so aku pun ikut je la. beli ubat tu bukan murah tau. hampir rm200 ubat sahaja. dua jenis ubat je pun. tapi masa tu aku just fikir nak sembuh, so apa la sangat rm200 tu kan.
then tempoh untuk aku consume tu 21 hari + 21 hari. which means 21 hari untuk ubat hormon and 21 hari untuk ubat perancang. so aku ikut jadua tu sampai la habis 21 hari ubat hormon tu, then period keluar, sambung 21 hari ubat perancang. however, period yang datang kali ni, sangat lama dan menyiksakan. sebulan period non stop. berserta senggugut yang sangat-sangat memeritkan. macam nak pecah ovari rasa. haha. but seriously memang sakit gila. sampai admit ward kot aku dua hari.
aku tak sure kenapa, but aku just fikir maybe sebab dah lama tak datang bulan tu yang keluar banyak and senggugut tu. before this aku jarang senggugut. kalau senggugut pun yang biasa je. yang kali ni lain macam pegi dia. merengkok je aku tak boleh nak buat keje lain. pegi kelas pun tak boleh nak focus.
lecturer sarankan aku pergi pusat kesihatan uni, then aku pergi jumpa doktor then dapat surat rujuk hospital pakar. first appoinment, doktor check perut, alhamdulillah cyst semua takde. perut pun alhamdulillah takde pape masalah. doktor tanya pasal apa-apa ubat yang pernah aku consume, lepas aku cerita pasal ubat hormon and ubat perancang yang aku dapat ddari klinik tu, shes like what??? those ubat is the same je katanya. why doktor bagi u consume ubat tu even she know u tak kawen lagi.
what????? derhhh gua yang makan kot.. kecut perut aku. sape tak risau weyh. aku nak kawen nak ade anak kot. tapi alhamdulillah doktor cakap takkan effect kearah tu InshaAllah. but still, benda kat dalam kan.
lepas ambil sample darah semua, dia bagi ubat. tapi kena ada next appoinment dalam tempoh 6 bulan lagi. lepas makan ubat tu, period datang. tapi dah tak sakit. cuma still lama. sampai berbelas hari. tapi tak lama macam sebelum ni la. dia datang, tapi kadang-kadang selang sebulan baru period.
lepas beberapa ketika, dia macam bermasalah balik. jarang datang, kalau datang pun klua sikit giler. sehari ade dua hari tak keluar. pastu ada balik tu pun sikit kadar dua tiga titik gitu je. bia dah dua minggu macam tu baru dia nak keluar heavy. bila heavy, badan jadi penat letih. seakan-akan darah keluar lebih dari sepatutnya. dan tempoh dan tarikh pun tak teratur. sampai lah sekarang.
dan sekarang sepatutnya dah keluar. tapi tak keluar jugak. aku try makan nenas, kot la kalau tersumbat kan. tapi still sama je, nothing happen. then aku jumpa satu tips untuk consume GLA complex shaklee. ia adalah produk untuk kesuburan. and dah dengar ramai orang consume and berkesan. produk ni memang khusus untuk maslah kesuburan dan period yang tak teratur. jadi aku ambil keputusan untuk cuba.
and today is the first day. baru makan satu. malam nanti pulak satu. sehari cuma dua softgel je. jadi, mulai hari ni bermula la eksperiment aku, harap dapat bagi hasil yang positif lah. doakan aku guys. doakan aku semoga period aku kembali normal.
kalau korang ade tips atau petua yang pasti berkesan, boleh recommend kat aku, boleh share dengan aku. sape mak dia ke nenek dia ke terror mengurut, boleh la inform aku. pernah orang sarankan aku pergi mengurut. tapi aku takut sebab fikir tak kawen lagi kan. kang lari yang dalam tu effect plak aku lepas kawen nanti.
so, hope sudi-sudi la share tips and petua and jalan penyelesaian. doakan aku guys. semoga sihat kembali normal period aku. semoga jasa kalian tuhan bals dengan penuh rahmat dan kesihatan yang baik. InshaAllah,..
nanti aku update perkembangan eksperiment ni...
DAY 1....... DONE !