Thursday, 14 July 2016

Introducing my blog

Assalamualaikum..



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah siap dah blog saya yang simple ni, maklum lah newbie lagi, tak tau sangat nak edit and deco ni, tambah pula saya ni bukan cretif orangnya. Cuma hobi nak menulis tu agak membuak buak. Harap bukan hangat-hangat tahi ayam la. Hope berpanjangan dan bukan sekerat jalan.

Sebenarnya wujudnya blog ni sebab keinginan saya untuk menulis. Dulu pernah berkecimpung, tapi desakan hidup sebagai student dah membantutkan niat. Jadi kali ni saya cuba balik untuk mula menulis.

Okay, kat sini saya ceritakan serba sedikit tentang diri saya. Saya seperti nama kat header atas tu adalah seorang student bidang environmental science and technology dari UPM. Jadi, salah satu tujuan penubuhan blog ni sebab nak share serba sikit tentang alam sekitar kita ni, sebab apa, majoriti orang kita ni kurang kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Termasuk diri saya sendiri, dulu sebelum berkecimpung dalam bidang environment ni pun saya kurang ambil kesah dan memang tak menjaga pun alam sekitar ni. Mungkin sebab isu ni kurang pendedahan, hanya ada kempen sikit-sikit kat media dan tak berapa ditekankan sangat.

Jadi, as an environmental student, tugas saya jugak lah untuk dedahkan atau bagi awareness kat orang-orang kita. walau tak banyak yang boleh dikongsi, sikit pun jadilah. yang penting ada dan dapat bagi kesedaran. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :)

Nak mencoret banyak-banyak dan puitis atau berbunga saya tak reti. Ini la saya dan cara saya. Lain orang lain cara. Mana kurang maafkan saya. Yang baik dari blog saya sama=sama kita manfaatkan dan semoga berguna untuk kita semua.

Impian kami anak-anak alam sekitar ni nakkan bumi ni terpelihara dan bersih, sihat dan cantik. Untuk kesihatan kita jugak. Ramai yang tak sedar yang penyakit yang dihidap berpunca dari kelalaian dan sikap pengotor dan tak bertanggungjawab kita sendiri jugak.

Jadi semoga isi blog ni nanti bawa inspirasi, kesedaran, kebaikan dan manfaat kepada kita semua. Apa yang saya tau dan ada, saya kongsi. InshaAllah.

Sedap pulak lagu Alhamdulillah by wani ni. Lagu ni mengisahkan tentang satu keluarga yang terpisah kerana kejadian bencana alam tsunami. Akhirnya anaknya dijumpai berkat doa seorang ibu yang yakin dengan kuasa Allah. :)

No comments: