Friday 3 November 2017

Kronologi Period Tak Teratur

Aku mengalami masalah period tak teratur, benda ni dah lama, almost 4 tahun rasanya. kiraan secara kasar la. macam-macam dah aku buat ikhtiar untuk period ni kembali normal, tapi so far.... masing-masing tak membuahkan hasil. 

kalau kata 'gile la, lama tu 4 tahun, tak takut ke?' well hello there world.. hanya orang gila je yang tak takut. takut gila kot, aku belum gila lagi untuk tak rasa takut dengan masalah ni. like seriously memang takut gila, risau tu almost everyday fikir macam mana nak buat. 

aku pernah dapatkan khidmat nasihat doktor klinik swasta, tapi keputusannya jadi makin worst. masa tu aku dah hampir 7 bulan tak datang period. so aku decide untuk pergi klinik buat further check. then aku pergi la satu klinik ni, jumpa doktor then doktor tu cakap period aku tak teratur. then dia sarankan aku consume ubat hormon and ubat perancang. by the way, aku bujang masih belum berkahwin. tapi doktor tu kata its ok, memang itu cara dia and itu ubatnya. so aku pun ikut je la. beli ubat tu bukan murah tau. hampir rm200 ubat sahaja. dua jenis ubat je pun. tapi masa tu aku just fikir nak sembuh, so apa la sangat rm200 tu kan. 

then tempoh untuk aku consume tu 21 hari + 21 hari. which means 21 hari untuk ubat hormon and 21 hari untuk ubat perancang. so aku ikut jadua tu sampai la habis 21 hari ubat hormon tu, then period keluar, sambung 21 hari ubat perancang. however, period yang datang kali ni, sangat lama dan menyiksakan. sebulan period non stop. berserta senggugut yang sangat-sangat memeritkan. macam nak pecah ovari rasa. haha. but seriously memang sakit gila. sampai admit ward kot aku dua hari. 

aku tak sure kenapa, but aku just fikir maybe sebab dah lama tak datang bulan tu yang keluar banyak and senggugut tu. before this aku jarang senggugut. kalau senggugut pun yang biasa je. yang kali ni lain macam pegi dia. merengkok je aku tak boleh nak buat keje lain. pegi kelas pun tak boleh nak focus. 

lecturer sarankan aku pergi pusat kesihatan uni, then aku pergi jumpa doktor then dapat surat rujuk hospital pakar. first appoinment, doktor check perut, alhamdulillah cyst semua takde. perut pun alhamdulillah takde pape masalah. doktor tanya pasal apa-apa ubat yang pernah aku consume, lepas aku cerita pasal ubat hormon and ubat perancang yang aku dapat ddari klinik tu, shes like what??? those ubat is the same je katanya. why doktor bagi u consume ubat tu even she know u tak kawen lagi. 

what????? derhhh gua yang makan kot.. kecut perut aku. sape tak risau weyh. aku nak kawen nak ade anak kot. tapi alhamdulillah doktor cakap takkan effect kearah tu InshaAllah. but still, benda kat dalam kan. 

lepas ambil sample darah semua, dia bagi ubat. tapi kena ada next appoinment dalam tempoh 6 bulan lagi. lepas makan ubat tu, period datang. tapi dah tak sakit. cuma still lama. sampai berbelas hari. tapi tak lama macam sebelum ni la. dia datang, tapi kadang-kadang selang sebulan baru period.

lepas beberapa ketika, dia macam bermasalah balik. jarang datang, kalau datang pun klua sikit giler. sehari ade dua hari tak keluar. pastu ada balik tu pun sikit kadar dua tiga titik gitu je. bia dah dua minggu macam tu baru dia nak keluar heavy. bila heavy, badan jadi penat letih. seakan-akan darah keluar lebih dari sepatutnya. dan tempoh dan tarikh pun tak teratur. sampai lah sekarang. 

dan sekarang sepatutnya dah keluar. tapi tak keluar jugak. aku try makan nenas, kot la kalau tersumbat kan. tapi still sama je, nothing happen. then aku jumpa satu tips untuk consume GLA complex shaklee. ia adalah produk untuk kesuburan. and dah dengar ramai orang consume and berkesan. produk ni memang khusus untuk maslah kesuburan dan period yang tak teratur. jadi aku ambil keputusan untuk cuba. 

and today is the first day. baru makan satu. malam nanti pulak satu. sehari cuma dua softgel je. jadi, mulai hari ni bermula la eksperiment aku, harap dapat bagi hasil yang positif lah. doakan aku guys. doakan aku semoga period aku kembali normal. 

kalau korang ade tips atau petua yang pasti berkesan, boleh recommend kat aku, boleh share dengan aku. sape mak dia ke nenek dia ke terror mengurut, boleh la inform aku. pernah orang sarankan aku pergi mengurut. tapi aku takut sebab fikir tak kawen lagi kan. kang lari yang dalam tu effect plak aku lepas kawen nanti. 

so, hope sudi-sudi la share tips and petua and jalan penyelesaian. doakan aku guys. semoga sihat kembali normal period aku. semoga jasa kalian tuhan bals dengan penuh rahmat dan kesihatan yang baik. InshaAllah,.. 

nanti aku update perkembangan eksperiment ni... 

DAY 1....... DONE !

Friday 11 August 2017

Terima Kasih Bagi Semangat

terima kasih awak, sebab bagi semangat. tak tahu kenapa lepas awak cakap macam tu, saya rasa tenang, beban kat hati hilang begitu saje. thanks a lot to you Mr.F.

just enjoy the shoe, sambil tu performkan diri. peduli la orang nak cakap apa, kita bodoh ke apa ke, yang penting, yang bagi result elok ke tak elok ke Allah. mungkin haritu dugaan last paper kuat sangat. kurang perform, bukan sebab tak pandai. kadang-kadang kita ni, yang minat kita usaha lebih, yang tak minat kurang sikit. bukan sebab tak pandai.

lagipun result bukan teruk pun, yang terkumpul still tinggi dari yang lain. yang sem lepas je yang rendah sikit dari dia. beza 0.09 je pointer nye. so jangan mental breakdown sangat. kang saya smackdown kang.

haha.. ni la kata-kata dia yang buat saya buka mata..
thanks awak.. much love!


saya nekad, mulai sekarang, saya nak perform lebih baik dari sem lepas. inshaAllah.
bia orang nak kata saya low dari dia ke apa. taknak yakin dengan kerja saya ke apa. yang penting, sem baru ni saya nak perform sehabis baik. semoga Allah beri kekuatan dan semangat yang jitu hingga ke penghujung.

Thursday 10 August 2017

IRI HATI

Assalamualaikum..

Sebut pasal iri hati atau dengki ni kan, ianya satu daripada masalah hati yang paling besar. Iri hati ni ada kat semua orang, yang membezakan adalah mampu kawal atau tak je perasaan dengki tu.

Actually baru tengok result. Result naik but then still low dari kawan-kawan. it little bit upset and jealous. tak suka perasaan macam ni. i want to get rid of it. bersyukur sebab result naik and capai target, tapi bila tau result kawan-kawan lebih tinggi, terus jadi mental breakdown.

malu rasa bila mereka tau result aku rendah dari diorang. mesti diorang pandang rendah kat aku lepas ni. mesti diorang taknak rujuk kat aku dah. mesti diorang anggap aku tak pandai dah lepas ni. mesti pape jawapan aku diorang takkan pandang sangat and tak yakin dengan jawapan aku lepas ni. aku kan tak dapat result setinggi diorang.

sedih la.

macam mana nak bebas dari rasa macam ni? i'm sad!!

Sunday 18 June 2017

Lain orang lain taste!

Assalamualaikum and Hi..

First of all nak wish selamat berpuasa dan selamat hari raya to all my friends and readers. acah ramai readers je kan hahah. By the way, now tengah semester break so I do have some times to spend on blogs. So.. Lets get started!

Well, bila in musim puasa and raya ni kan, so mood shopping baju raya and everything tengah kemuncak tambah lagi on last week of Ramadhan. Everyone berpusu-pusu pergi shopping kan. Masing2 beli ikut citarasa masing2. Ada yang gaya macam ni, ada yang gaya macam tu.

So cuma nak cakap, if orang tu taste dia different from your taste, jangan perkecilkan. Because what, different person have different taste. You punya taste pun tak sama dengan orang lain kan, and they doesn't complain about that. Stop anggap taste you is the best in everything. Try to respect others too. They all free to get what ever they want to.


I cakap ni bukan apa, I got complain from someone about my set of baju raya. I punya baju raya biasa je, simple.. but for me it just nice. Grey in color and have labuci sikit in light pink belacan something like that la. and I beli shawl yang sama color dengan labuci tu then someone said that "beria match kan dengan labuci, memang orang datang tenung tengok sama tak sama.."

whatttt!!!! oh God. I didn't get it. why? any wrong with that? Its my choice and I m free to choose what ever I want. Its not even yours pun. Why so busy body? Terpulang dekat I la nak beli apa color sekali pun. Its mine! I yang nak pakai. Bukan I beli untuk U pun.

Listen guys. Please respect others. jangan pertikai taste orang lain selagi tak melanggar tuntutan agama. Lain orang lain taste, sedangan cap jari pun Allah buat lain2, tak sama, apatah lagi citarasa, if taste semua orang sama dengan taste U, husband U pun semua orang suka. tapi tak macam tu kan, U sorang je nampak husband U special. Stop control others. U pun tak suka dicontrol kan.

So I hope everyone get the point that I tried to deliver to U guys. Try to take it in the positive way before promoting any conclusion. Jangan kecam I. So thats all for this time. Selamat menjalani ibadah puasa, jangan lupa bayar zakat and selamat hari raya aildilfitri maaf zahir dan batin. Assalamualaikum..

Wednesday 20 July 2016

Jenis-jenis sisa / sampah.

Assalamualaikum..
selamat pagi.. Salam syawal ke 16. Raya lagi ke? :)


Maaf lama berdiam diri and baru nak buat entry baru. Bz sikit. Biasa lah musim raya ni, open house tak pernah stop. Lepas open house rumah orang, open house rumah sendiri pulak. Ok, tanpa cakap banyak merepek panjang-panjang, saya nak masuk pada tajuk entry saya kali ni tentang kjenis-jenis sampah atau sisa yang ada kat sekeliling kita ni.

Sampah terbahagi kepada 2 iaitu:

1. yang boleh dikitar semula


2. yang tak boleh dikitar semula.



Untuk sampah yang boleh dikitar semula ada 5 iaitu:

1. Kertas / kotak / tetrapet


untuk sampah kertas ni ada macam2 jenis. surat khabar, yellow pages, majalah. semua dalam kategori yang berbeza. 
Tetrapet pulak tak sama dengan kotak biasa. Tetrapet ni kotak yang bungkus minuman, contohnya air kotak. itu la tetrapet. 




2. Plastik

p;astik yang boleh dikitar semula adalah botol2 plastik. kalau tapawer mak2 korang tu tak boleh dikitar semula ye. dan jugak plastik beg pun tak boleh dikitar semula. itu masuk dalam kategori sampah campur. 


3. Kaca


4. Aluminium




5. E-waste

e-waste ni ialah segala macam jenis barang2 eletronik yang ada kat rumah korang tu. termasuk lah earphone. 


Untuk sampah yang tak boleh dikitar semula ada 2 iaitu:

1. Sampah organik

termasuk jugak daun, kayu, ranting, buah kelapa, sabut, tempurung, semua la yang organik. 


2. Sampah campur.

sampah campur ni termasuk lah bahan kitar semula yang dah rosak, plastik beg, kain, kertas yg dah basah dan sebagainya. 


Kita semua wajib tau jenis2 sampah ni supaya senang nanti untuk proses asingkan sampah. Pengasingan sampah boleh dibuat ikut jenis2nya. yang boleh dikitar semula tak boleh campur dengan sampah yang tak boleh dikitar semula. nanti sampah akan rosak. bila rosak dah tak boleh recycle. Nanti makin bertambah lah sampah kat landfill. Bila sampah kat landfill banyak, tanah x cukup. Nanti tanah sebelah rumah awak2 semua pulak dibuat landfill. Nak ke macam tu? Macam kat India. hidup dikelilingi sampah dan bau busuk. penyakit pun senang merebak. 

Jadi sama2 lah kita jaga bumi kita,. sekian.. 



Thursday 14 July 2016

Introducing my blog

Assalamualaikum..



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah siap dah blog saya yang simple ni, maklum lah newbie lagi, tak tau sangat nak edit and deco ni, tambah pula saya ni bukan cretif orangnya. Cuma hobi nak menulis tu agak membuak buak. Harap bukan hangat-hangat tahi ayam la. Hope berpanjangan dan bukan sekerat jalan.

Sebenarnya wujudnya blog ni sebab keinginan saya untuk menulis. Dulu pernah berkecimpung, tapi desakan hidup sebagai student dah membantutkan niat. Jadi kali ni saya cuba balik untuk mula menulis.

Okay, kat sini saya ceritakan serba sedikit tentang diri saya. Saya seperti nama kat header atas tu adalah seorang student bidang environmental science and technology dari UPM. Jadi, salah satu tujuan penubuhan blog ni sebab nak share serba sikit tentang alam sekitar kita ni, sebab apa, majoriti orang kita ni kurang kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Termasuk diri saya sendiri, dulu sebelum berkecimpung dalam bidang environment ni pun saya kurang ambil kesah dan memang tak menjaga pun alam sekitar ni. Mungkin sebab isu ni kurang pendedahan, hanya ada kempen sikit-sikit kat media dan tak berapa ditekankan sangat.

Jadi, as an environmental student, tugas saya jugak lah untuk dedahkan atau bagi awareness kat orang-orang kita. walau tak banyak yang boleh dikongsi, sikit pun jadilah. yang penting ada dan dapat bagi kesedaran. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :)

Nak mencoret banyak-banyak dan puitis atau berbunga saya tak reti. Ini la saya dan cara saya. Lain orang lain cara. Mana kurang maafkan saya. Yang baik dari blog saya sama=sama kita manfaatkan dan semoga berguna untuk kita semua.

Impian kami anak-anak alam sekitar ni nakkan bumi ni terpelihara dan bersih, sihat dan cantik. Untuk kesihatan kita jugak. Ramai yang tak sedar yang penyakit yang dihidap berpunca dari kelalaian dan sikap pengotor dan tak bertanggungjawab kita sendiri jugak.

Jadi semoga isi blog ni nanti bawa inspirasi, kesedaran, kebaikan dan manfaat kepada kita semua. Apa yang saya tau dan ada, saya kongsi. InshaAllah.

Sedap pulak lagu Alhamdulillah by wani ni. Lagu ni mengisahkan tentang satu keluarga yang terpisah kerana kejadian bencana alam tsunami. Akhirnya anaknya dijumpai berkat doa seorang ibu yang yakin dengan kuasa Allah. :)